Disember 08, 2016

LAWATAN MURID SKTR KE PULAU PINANG 2016

Pada 10 dan 11 November yang lalu, Unit Lawatan di bawah unit ko-kurikulum telah menganjurkan satu program lawatan sambil belajar. Pada kali ini, destinasi yang telah dipilih ialah Pulau Pinang. Objektif lawatan ini adalah sebagai memenuhi takwim tahunan sekolah yang telah dirancang dan juga sebagai platform murid untuk menerokai dunia luar bersama rakan-rakan.

Seramai 37 orang murid Tahap dua dan 5 orang guru telah terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Antara lokasi lawatan yang telah dikunjungi ialah Penang Hill, Toy Museum, PG Gold Museum, 3D Art Museum, Taman Belia, dan Muzium Warisan Perang.

Tahniah diucapkan kepada AJK Lawatan kerana berjaya menganjurkan lawatan pada kali ini dan juga atas komitmen mendapatkan tajaan untuk murid-murid. Untuk pengetahuan semua, bayaran lawatan pada kali ini telah mendapat diskaun 50%. Sebahagian yuran lawatan telah dipulangkan kepada murid-murid dan menjadi duit saku mereka. Ini secara tidak langsung telah meringankan beban kewangan ibubapa dalam menyediakan wang saku kepada anak-anak mereka.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan menerokai pula tempat baru yang penuh dengan pengalaman dan juga kejutan.

Ceria nampaknya, Adam bukan main hensem ya

Best friend forever

At Toy Museum

Eh ini ada juga ye

Best view ever

Tets market boleh ke jadi model ni

Tak pernah tengok meriam

"Ok tak posing macam ni?"

Sesi mendulang emas di PG Gold Museum

Bersama Replika emas mentah

Seronok betuk mendulang ni tak tengok belakang dah

Cikgu Annas dah jumpa emas selonggok

Mari mendulang

seronok jumpa emas

Peta harta karun emas. Siapa yang ingat dia untung

Penang Hill

Lunch time, we all starving

Buai

Museum Perang

jangan pandang belakang

Masuk ke dalam terowong bawah tanah