Disember 08, 2016

MAJLIS GRADUASI PPKI 2016

Pada 16 November yang lalu, PPDSB dengan kerjasama SK Seri Makmur Sg Besar telah mengadakan satu majlis Graduasi PPKI peringkat daerah. Majlis Graduasi ini diadakan untuk meraikan murid-murid PPKI yang tamat belajar di peringkat sekolah rendah dan juga peringkat menengah.

Murid sekolah rendah akan menyambung pelajaran ke peringkat menengah. Manakala pelajar sekolah menengah tamat belajar dan juga meyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, seperti di Sekolah Pendidikan Khas, IKM dan sebagainya.

Sekolah telah menghantar 7 orang murid dan telah menerima sijil graduasi mereka. dengan berpakaian jubah konvokesyen dan topi, mereka diraikan dalam majlis yang cukup gemilang. Pihak SKTR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid PPKI yang telah bergraduasi.

Nama murid :

1. Muhamad hairi Fahmi Bin Mohd Yusof
2. Ahmad Noor Aiman Bin Ibrahim
3. Mohamad Suhaimi Bin Mohd Sharif
4. Muhammad Ilyas Bin Mohd yusni
5. Nurul Aina Bt Mohd Nor
6. Nur Aimie Fajarlina Bt AR Thani
7. Nur Farzana Bt Mualimin.

Semoga murid-murid ini dapat berusaha dan mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Guru-guru dan warga SKTR sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Semoga berjumpa lagi. Jangan lupakan kenangan di SKTR.

Fahmi

GPK Cikgu Safari bersama murid-murid PPKI

Nurul Aina

Aiman

Fajarlina

Bersama guru-guru PPKI

Suhaimi

Farzana

Dapat bunga !!

Ceria menunggu nama dipanggil

Semoga terus sukses