Disember 05, 2016

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PENYAMPAIAN WATIKAH 2017

Pada 21 November yang lalu, Majlis Perlantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan Pengawas Makmal Komputer telah diadakan di dewan Multazam. Sesi Perlantikan dibuat awal supaya para pengawas siap sedia dengan tanggungjawab dan tugas yang akan dipikul. Selain membuat persediaan dari segi uniform dan mental.

Perlantikan dibuat bagi tiga kategori pengawas iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas makmal komputer. Walaupun bilangan murid SKTR sedikit, namun itu tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus mendidik dan melatih para pengawas baru dan juga yang kekal.

Penyampaian watikah dibuat oleh Penolong Kanan HEM iaitu Pn Junaidah Bt Ismail. Semoga dengan perlantikan pengawas ini dapat meningkatkan keperibadian dan juga sahsiah murni murid itu sendiri.

Foto sekitar Majlis :

Backdrop majlis

Para pengawas beratur menunggu giliran

PN Junaidah (PK HEM) menyampaikan watikah 
kepada pengawas

Foto bersama Pengawas Makmal Komputer 2017

Foto bersama Pengawas Sekolah 2017

Tahniah diucapkan

Foto bersama Pengawas PSS 2017