Disember 05, 2016

SUMBANGAN YAYASAN AEON MALAYSIA

Pada 4 Disember 2016, bertempat di Kompleks AEON Shah Alam, satu majlis penyerahan sumbangan Yayasan AEON telah berlangsung. Beberapa sekolah yang terbaik dalam pencapaian akademik dan rekod cemerlang telah menerima peruntukan istimewa ini. SKTR telah mendapat peruntukan sebanyak RM70,000 untuk menaik taraf fasiliti seperti pusat sumber, surau, PPKI dan lain-lain. Namun difahamkan sejumlah besar peruntukan adalah untuk pusat sumber sekolah yang telah kelihatan uzur dan suram.

Kolaborasi ini dilihat sesuatu yang positif di antara badan kerajaan dan juga badan swasta. Yayasan AEON telah datang ke sekolah sebelum ini dan membuat penilaian untuk SKTR layak menerima sumbangan ataupun tidak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Yayasan AEON kerana sudi memberi sumbangan buat pihak SKTR.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan di SKTR dengan aplikasi fasiliti yang terkini dan ceria.

Foto sekitar majlis :

Bersama staf Yayasan AEON

Wakil SKTR

Cikgu Safari bersama Pn Salasiah

Bergambar bersama timbalan Menteri Pendidikan KPM 
dan penerima lain

Tahniah diucapkan