Februari 27, 2017

Kem Motivasi Dan Kepimpinan 2017

Pada tanggal 25 Februari yang lalu, satu program kem motivasi telah diadakan di dewan sekolah. Kem ini adalah disasarkan kepada para pengawas sekolah iaitu pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas makmal komputer. Bermula seawal jam 8 pagi, para peserta dikumpulkan dan majlis dimulakan dengan bacaan doa. 

Penceramah yang dijemput khas pada kali ini ialah Ust Ahmad Mustain Bin Othman. Ceramah disulami dengan kata-kata semangat dan motivasi yang membangkitkan aura positif para murid pada slot pertama. Selepas rehat slot kedua dimulakan. Terdapat empat stesyen yang dicadangkan iaitu stesen 1 untuk bacaan doa dan ikrar, stesen kedua cara menaikkan bendera, stesen ketiga nyanyian lagu dan stesen keempat iaitu Pa sistem.

Kem tamat pada jam 12.30 tengah hari dan majlis penutup disempurnakan oleh PK Hal Ehwal Murid iaitu En Mat Isa Bin Mat Laham. Diharap semua para pengawas dapat manfaat dan kesan yang positif daripada program ini. 

Jutaan terima kasih daripada pihak sekolah diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini, terutamanya setiausaha program iaitu Ustazah Nasripah. Diharap kerjasama ini diteruskan pada masa akan datang di lain masa, di lain program. SKTR Boleh !!


Peserta yang hadir

Murid tekun mendengar ceramah

Sesi yakin diri

Murid yakin atau tidak

Pengawas cilik

Murid mencuba nasib

Ust minta murid baca peraturan pengawas

Apa yang kelakar tu ust?

Adam sengih saje

Boleh jawab ke Adam

Murid mengaminkan doa

Tugasan individu







Bacaan doa oleh Ust Fauzi


Banner Program








Sesi pendaftaran

Tulis nama untuk rekod sijil dan kedatangan

Guru pun mendaftar

Respon yang baik daripada murid

Pengacara majlis




Pamplet program




Tanda penghargaan dan budi baik buat Penceramah