Oktober 23, 2017

Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Sabak Bernam 2017

Pada 11 Oktober yang lalu bertempat di Dewan Seri Bernam Sungai Besar, murid pra sekolah seramai 13 orang telah menghadiri Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Sabak Bernam bagi sesi 2017. Murid pra yang hadir merupakan murid pra yang berumur 6 tahun.

Murid yang hadir kelihatan ceria dan semangat dengan memakai jubah konvokesyen blue black lengkap dengan topinya (mortarboard). Mereka diraikan dalam majlis yang sederhana namun meriah agar murid peroleh pengalaman untuk kehidupan mereka yang masih panjang dan berliku.

Disiplin murid SKTR yang baik dan terkawal memudahkan guru pengiring mengawal mereka berbaris, naik dan turun pentas.

Terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Sabak Bernam kerana menganjurkan majlis ini dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Foto konvokesyen :

Murid berbaris menunggu giliran

Ceria bersama kawan

Senyuman terukir di bibir

Ucapan VIP perasmian program