Februari 19, 2016

Kejohanan Memanah MSSD 2016

Pada 16 & 17 Februari yang lalu, telah berlangsung satu Kejohanan Memanah MSSD B12 dan juga untuk kategori sekolah menengah. Sebagaimana maklum, pihak SKTR menghantar seorang wakil iaitu murid perempuan daripada Tahun 6 iaitu Husna Nur Amani anak kepada pasangan Ahmad Puzi dan Pn Merija. Tahun ini merupakan tahun ketiga Husna menyertai Kejohanan memanah dan pada kali ini beliau mendapat Tempat Ketiga. Tahniah diucapkan. Sayang sekali kerana hanya perbezaan 4 mata dengan pemenang naib johan.

Bagaimanapun tahniah sekali lagi. SKTR boleh !!!!

Foto kejohanan :

Kategori 10 meter

Bersama PK Ko-ku dan guru pengiring

Majlis Penyampaian Hadiah

Usaha yang berbaloi

Kreativiti daripada cikgu Saud :)