Ogos 12, 2016

Lawatan Ke Pameran Petro Sains

Pada 27 Julai yang lalu, satu pameran anjuran Petrosains Kuala Lumpur telah mengambil tempat di Dewan Utama Politeknik Sultan Idris Shah, Sg Lang, Sabak Bernam. Bermula dari jam 8.00 opagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 27 orang murid SKTR telah melawat pameran pada kali ini. Objektif pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid berkenaan dunia sains dan matematik melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. (Fun Learning).

Dengan adanya pameran ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru melalui cara yang unik dan kreatif yang merangsang minat murid. Dan juga melalui bahan Pdp yang telah diolah menepati prinsip matematik dan sains. Antaranya teka teki matematik, Graviti Manusia, Bekas Cola, Domino, Cabaran Minda, Kayu Mancis, laluan Berturap, Menara Brahma dan banyak lagi.

Diharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Dan terima kasih juga kepada pihak Petrosains yang sudi bertandang ke daerah kami dan membuat pameran. Kalau tahun depan buat lagi, kami mesti pergi. Kali ni satu sekolah ye !

Foto sekitar pameran;

Seronoknya cikgu Annas

Yang ni pun excited juga ya

First try..depan gegurlz..

Kenangan dengan bas

Seronok sangat

second attemp

Flyers pameran

Siapa tak beratur cikgu tak bawa ye

Cuba apa tu?

Santai makan rehat

Dapat jajan..?

Penerangan oleh staf Petrosains

Jigsaw puzzle?

Ambil gambar je.. nak naik takut..

Bekas cola

Domino

Cabaran Minda

Kayu Mancis

Laluan Berturap

Menara Brahma

Apa ye?

Melaram betul murid-murid ni