Ogos 10, 2016

Latihan Kebakaran Kali ke-2 Bersama Bomba Dept

Pada 28 Julai yang lalu, unit Keselamatan 3K & HEM dengan kerjasama Jabatan Bomba & Penyelamat cawangan Sungai Besar telah berjaya mengadakan sesi latihan kebakaran peringkat sekolah kali kedua. Semua peserta latihan adalah semua warga sekolah dan pada kali ini tempoh refleksi (masa berkumpul) dicatatkan adalah kurang daripada 10 minit. Peningkatan ini dilihat baik berbanding 12 minit pada latihan kali pertama.

Jabatan Bomba diwakili oleh En Azahar dan juga empat orang ahli bomba cawangan Sungai Besar.
Antara pengisian pada sesi latihan kali ini ialah respon kebakaran, penerangan dan cara memadamkan api, taklimat jenis pemadam api, sesi amali respon kebakaran (mata ditutup dan gunakan kaki untuk mencari jalan keluar) dan juga menaiki jentera bomba.

Diharap program ini dapat menjadi batu aras antara pihak SKTR dan juga Jabatan Bomba Sungai Besar, dan akan dibuat lagi pada masa akan datang.

En Azahar memberi penerangan + amali

Guru-guru mendengar taklimat kebakaran

Murid tekun mendengar

Antara murid PPKI yang terlibat

Murid mendengar penerangan

Selepas memadamkan api

Cenderahati buat Jabatan Bomba

Gambar Kenangan





Murid berebut nak naik lori bomba

Ambil giliran


Cikgu Sikin cuba bakat kali ni

Puas naik jentera bomba








Tn GB juga tunjuk bakat

Selfie dalam asap

Pinjam topi keledar ye

Jentera bomba Sungai Besar