Ogos 10, 2016

Baraan PPKI 2016

Alhamdulillah pada tahun ini pihak PPKI telah menerima jemputan untuk membuat baraan sepertimana pada tahun lepas. Antara rumah yang diziarahi pada Syawal kali ini ialah murid Farehah, Suhaimi - Farhana, Nazrie - Annur, Adam- Amirul dan juga Faizul Amin. Program ini dilihat dapat meningkatkan kemahiran manipulatif dan juga tata susila murid-murid apabila berkunjung raya di rumah rakan dan taulan.

Biarpun penyertaan ibubapa tahun ini dilihat sedikit berbanding tahun sebelumnya, namun kemeriahan Syawal tetap dirasai oleh semua orang murid dan juga guru. Terima kasih kepada para pentadbir yang sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh PPKI.

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Foto sekitar baraan:

Selera dan lapar

Ucapan Cikgu Safari di rumah En Rozi

Foto kenangan

Di rumah Farehah

Menu yang super sedap

Bersama keluarga En Zanuri

Di rumah Annur & Nazrie

Bersama keluarga Pn Sri Kunarti

Bersama En Mohd Sharif, rumah Farhana-Suhaimi