Ogos 10, 2016

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Hari Guru 2016

Pada 20 Mei yang lalu, Panitia Pendidikan Seni & Visual telah menganjurkan satu pertandingan mewarna bagi setiap kelas daripada Pra sekolah hinggalah ke PPKI. Program ini dianjurkan bagi menjalankan takwim tahunan PSV dan mencungkil bakat dean kreativiti murid dalam aktiviti mewarna. Bertemakan lukisan hari guru, yang dilukis khas oleh ketua panitia PSV sendiri, semua murid boleh menambah dan melukis di atas lukisan yang diberi bagi menambahkan mata untuk menang.

Alhamdulillah pertandingan tersebut telah selesai dengan jayanya. Pihak PSV mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua murid, guru-guru, para pengadil dan juga para pentadbir yang sentiasa menyokong program PSV.

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun yang akan datang.

Foto sekitar program;

Murid-murid bersedia mendengar nama pemenang

Hasil karya pemenang dipamer di koridor Blok A